Dalam perkahwinan Melayu Kelantan, adat menuntut supaya pengantin lelaki dan wanita bertukartukarudpemberian pada hari perkahwinan. Pemberian ini dinamakan hantaran dan selalunya dalamudbentuk barang keperluan peribadi kedua-dua pengantin (seperti baju, alat persolekan, barang kemas)uddan makanan. Makalah ini meninjau perkara yang bersangkutan dengan adat dan makna makananudhantaran dalam upacara perkahwinan Melayu Kelantan dengan memberi perhatian kepada tingkahudlaku dan item-item simbolik yang berkaitan dengan makanan. Perbincangan ini diasaskan kepadaudkajian yang dilakukan di Kelantan. Orang Melayu Kelantan masih mengamalkan adat memberiudmakanan sebagai sebahagian daripada bahan hantaran perkahwinan mereka. Jumlah bahan hantaranudini mestilah dalam angka ganjil. Makanan yang menjadi hantaran terdiri daripada nasi pulut dan telurudsemangat, sirih junjung, buah-buahan, kueh muih dan lauk paut (hanya daripada pihak pengantinudperempuan). Makanan itu diletakkan di atas pahar (iaitu talam berkaki yang dibuat daripada gangsaudatau tembaga) dan dihias cantik mengikut kemampuan keluarga pengatin. Kepentingan dan maknaudmakanan hantaran ini dibincangkan dengan detail dalam artikel ini.
展开▼