首页> 外文OA文献 >Keberkesanan kaedah latihan biofeedback emwave terhadap prestasi membaca murid-murid linus di Sekolah Kebangsaan Jengka Batu 13, Chenor
【2h】

Keberkesanan kaedah latihan biofeedback emwave terhadap prestasi membaca murid-murid linus di Sekolah Kebangsaan Jengka Batu 13, Chenor

机译:在Chenor的Jengka Batu 13国立学校中,生物反馈训练方法对在背对背读书的学生的学习效果

代理获取
本网站仅为用户提供外文OA文献查询和代理获取服务,本网站没有原文。下单后我们将采用程序或人工为您竭诚获取高质量的原文,但由于OA文献来源多样且变更频繁,仍可能出现获取不到、文献不完整或与标题不符等情况,如果获取不到我们将提供退款服务。请知悉。

摘要

Perlaksanaan Program LINUS oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mula uddiperkenalkan pada 15 Januari 2010. LINUS merupakan satu program yang berfokus kepada intervensi awal iaitu daripada darjah 1 hingga darjah 3 bagi kemahiran literasi (membaca dan menulis) dan numerasi (mengira). Kajian lepas menunjukkan bahawa tahap tumpuan yang rendah semasa proses pembelajaran, akan memberi kesan negatif terhadap pencapaian prestasi akademik murid. Kajian lepas juga menunjukkan bahawa kaedah latihan menggunakan teknik biofeedback berupaya membantu murid meningkatkan daya tumpuan dan mengurangkan gangguan semasa proses pembelajaran berlangsung. Untuk itu, kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk menentukan sejauh mana murid dapat menguasai kemahiran membaca menggunakan instrumen LINUS yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan berbantukan kaedah latihan biofeedback emwave. Kajian ini juga bertujuan untuk menentukan sejauh manakah murid dapat menguasai kaedah latihan biofeedback emwave seterusnya dapat mengaplikasikannya dalam meningkatkan daya tumpuan pembelajaran membaca LINUS Bahasa Melayu. Sejumlah 35 orang murid terlibat di dalam kajian dan mengambil bahagian untuk latihan biofeedback emwave. Murid yang dipilih sebagai sampel diperkenalkan dan dilatih dengan kaedah latihan biofeedback emwave. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan pendekatan ujian pra dan ujian pos di mana pelajar akan melalui lima sesi latihan biofeedback emwave, hasilnya digunakan untuk menentukan sejauh manakah peningkatan prestasi membaca murid-murid setelah mengikuti kaedah latihan. Data yang diperoleh telah dianalisis untuk menentukan perbezaan antara skor ujian pra dan ujian pos bagi sampel yang terlibat dalam kajian. Kajian mendapati berlaku peningkatan tahap penguasaan kemahiran membaca Bahasa Melayu. Peratus peningkatan adalah antara 54.3 peratus (Konstruk 12) hingga 81.5 peratus (Konstruk 8) bagi ujian satu dan bagi ujian dua pula peningkatan adalah antara 50 peratus (Konstruk 12) hingga 87.8 peratus (Konstruk 7). Kaedah latihan biofeedback ini juga telah berjaya dikuasai oleh murid dengan menunjukkan peningkatan pencapaian spektrum High Frequency (HF) dan penurunan bacaan pada spektrum Low Frequency (LF) dan spektrum Very Low Frequency (VLF) mereka. Kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara penguasaan kaedah latihan biofeedback emwave dengan peningkatan prestasi membaca murid. Diharap kaedah alternatif ini dapat dikembang dan diserapkan ke dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja bagi kemahiran membaca tetapi juga bagi kemahiran menulis dan mengira.
机译:马来西亚教育部于2010年1月15日首次实施LINUS计划。LINUS计划着重于从1年级到3年级的早期干预,以提高读写能力(读写)和计算能力(计数)。先前的研究表明,在学习过程中专注力低下会对学生的学习成绩产生负面影响。以前的研究还表明,使用生物反馈技术的培训方法可以帮助学生在学习过程中提高注意力并减少干扰。为此,本研究的目的是确定学生可以利用马来西亚教育部提供的LINUS仪器借助生物反馈Emwave培训掌握阅读技能的程度。该研究的目的还在于确定学生可以在多大程度上掌握生物反馈训练的方法,以便在下一次推广中应用它,从而提高LINUS学习英语的注意力。共有35名学生参加了该研究并参加了生物反馈emwave培训。介绍了被选为样本的学生,并通过生物反馈emwave训练方法进行了训练。数据收集采用了测试前和测试后的方法,其中学生接受了五次生物反馈训练,其结果被用于确定训练后学生阅读性能的提高程度。分析获得的数据以确定参与研究的样品的测试前和测试后分数之间的差异。该研究发现英语阅读能力水平有所提高。测试一和测试二的百分比增加在54.3%(构造12)到81.5%(构造8)之间,而测试2的增加百分比在50%(构造12)到87.8%(构造7)之间。通过显示高频(HF)频谱的增加和低频(LF)和甚低频(VLF)频谱的减少,学生也成功地掌握了这种生物反馈训练方法。研究还表明,掌握生物反馈训练方法与提高学生的阅读成绩之间存在显着的关系。希望这种替代方法将被开发并整合到教学方法中,不仅用于阅读技能,而且还用于写作和计数技能。

著录项

  • 作者

    Mohd Sapar Maziah;

  • 作者单位
  • 年度 2013
  • 总页数
  • 原文格式 PDF
  • 正文语种
  • 中图分类

客服邮箱:kefu@zhangqiaokeyan.com

京公网安备:11010802029741号 ICP备案号:京ICP备15016152号-6 六维联合信息科技 (北京) 有限公司©版权所有
  • 客服微信

  • 服务号