Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah latihan terapi biofeedback EmWave menggunakan modul LINUS Bahasa Melayu di Sekolah-sekolah Zon Chenor, Pahang. Seramai 40 orang pelajar dari Tahun 1 dan 2, Sekolah Kebangsaan Jengka Batu 13 telah dipilih sebagai sampel kajian ini. Objektif kajian adalah untuk mengukur tahap kemahiran membaca murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran LINUS Bahasa Melayu. Kaedah kajian yang akan digunakan ialah kaedah gabungan iaitu ujian pra, kaedah latihan biofeedback EmWave dan ujian pos. Penyelidik melaksanakan protokol EmWave kepada murid. Data yang diperoleh telah dianalisis untuk mengenal pasti perubahan positif antara perubahan ujian pra dan ujian pos responden yang terlibat dalam kajian. Kajian mendapati terdapat peningkatan tahap penguasaan kemahiran membaca dalam Bahasa Melayu setelah melalui ujian terapi. Kajian mendapati pelajar berjaya meningkatkan tahap tumpuan di bilik darjah.
展开▼
机译:这项研究旨在调查生物反馈疗法培训模块LINUS EmWave在彭亨州Chenor Zone学校使用马来语的有效性。选出了Jengka Batu 13国立学校1年级和2年级的40名学生作为样本。这项研究的目的是评估学生在马来LINUS的教学中的阅读能力水平。将使用的研究方法是预测试,EmWave生物反馈训练方法和后测试的组合。研究人员将EmWave协议应用于学生。对获得的数据进行分析,以识别研究中测试前和测试后变化之间的积极变化。该研究发现,经过治疗试验后,英语阅读技能的水平有所提高。研究表明,学生成功地增加了对课堂的关注。
展开▼