首页> 外文OA文献 >Pemurnian kreativiti dalam pendidikan prasekolah sebagai asas pembinaan bangsa Malaysia yang kreatif : suatu kupasan awal
【2h】

Pemurnian kreativiti dalam pendidikan prasekolah sebagai asas pembinaan bangsa Malaysia yang kreatif : suatu kupasan awal

机译:学前教育中的创造力净化是马来西亚社会创造力建设的基础:初步总结

摘要

Kreativiti merupakan mauduk dan agenda penting dalam mana-mana orientasi pendidikan di dunia. Institusi pendidikan merupakan tempat terpenting untuk menyuburkan bakat dan kebolehan kreatif pelajar. Banyak negara di dunia seperti Amerika Syarikat, Jerman, Swedan, Jepun, Singapura, dan Korea Selatan memberi penekanan dalam sistem pendidikan prasekolah hinggga peringkat pendidikan tinggi. Justeru, negara-negara yang disebutkan tadi, khususnya Amerika Syarikat berusaha melahirkan sumber manusia kreatif yang mampu mengangkat martabat dan dignity bangsa itu. Hal ini diakui oleh pakar-pakar sains pemikiran kreatif seperti Amabile (1992), Swartz (1989), Buzan (2002), de Bono (1971), Leong (1998), dan rarnai lagi. Amabile (1992), misalnya menyifatkan institusi pendidikan, khususnya pendidikan prasekolah rnerupakan tempat paling penting untuk memupuk alam kreativiti di kalangan kanak-kanak. Selanjutnya, Cropley (2001), menegaskan bahawa pendidikan awal kanak-kanak sangat memerlukan persekitaran dan motivasi yang amat signifikan bagi merealisasikan bakat dan kemahiran kreativiti kanak-kanak. Namun begitu, menurut de Bono (1970), tanpa prime mover (dibaca sebagai pendidik) yang menggerakkan persekitaran yang kondusif untuk berkreativiti, maka sukar untuk para pelajar untuk berkreasi dengan selesa dan selamat. Sungguhpun begitu, prime mover yang dimaksudkan oleh de Bono itu ialah pendidik yang dibekali dengan pengetahuan dan kemahiran kreativiti. Pendidik yang tidak memiliki kemahiran dan pengetahuan kreativiti sukar untuk merealisasikan suasana, ruang, dan pengalaman kreatif dalam pengajaran dan pembelajarannya. Oleh yang demikian, kertas kerja konseptual ini akan mengupas agenda pemurnian kreativiti dalam pendidikan prasekolah serta kesannya terhadap pembinaan bangsa Malaysia yang kreatif. Justeru, kami akan memulakan dengan kupasan terma-terma penting kertas kerja ini seperti pemurnian kreativiti, bangsa Malaysia yang kreatif serta komponen-proses kreativiti kanak-kanak prasekolah. Selain itu, kertas kerja ini akan memberi tumpuan terhadap motivasi bagi mengharmonikan kreativiti dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada peringkat prasekolah. Selanjutnya, kertas kerja ini akan menggagaskan persekitaran yang kondusif serta teknik-teknik yang spesifik dalam pemurnian kreativiti dalam aktiviti pendidikan prasekolah. Akhirnya, kertas kerja ini akan melakarkan model pemurnian kreativiti yang sesuai dalam konteks pendidikan prasekolah.ud
机译:创造力是世界上任何教育方向的重要主题和议程。教育机构是培养学生的创造才能和能力的重要场所。世界上许多国家,例如美国,德国,瑞典,日本,新加坡和韩国,都强调学前教育系统直至高等教育水平。因此,上述国家,特别是美国正在试图产生一种能够提升国家尊严和尊严的创造性人力资源。它已经被诸如Amabile(1992),Swartz(1989),Buzan(2002),de Bono(1971),Leong(1998)等创造性思想家认可。例如,Amabile(1992)将教育机构,特别是学前教育描述为培养儿童创造力的最重要场所。 Cropley(2001)进一步强调,幼儿教育需要非常重要的环境和动力来实现儿童的才能和创造力。但是,根据德波诺(de Bono,1970)的观点,如果没有一个推动创造力创造环境的原动力(被称为教育者),学生就很难舒适和安全。尽管如此,de Bono所说的原动力是具有知识和创造能力的教育者。没有创造力的技能和知识的教育者会发现难以实现其教学和学习的氛围,空间和创造经验。因此,本概念文件将阐明完善幼教中的创造力的议程及其对马来西亚社会的创造力建设的影响。因此,我们将首先概述本文的关键术语,例如创造力净化,富有创造力的马来西亚人以及学龄前儿童的创造过程。此外,本文还将重点探讨在学前水平上协调教学活动中的创造力的动机。此外,本文将概述学前教育活动中提炼创造力的有益环境和技术。最后,本文将建立一种在学前教育背景下提炼创造力的模型。

著录项

相似文献

  • 外文文献
  • 中文文献
  • 专利

客服邮箱:kefu@zhangqiaokeyan.com

京公网安备:11010802029741号 ICP备案号:京ICP备15016152号-6 六维联合信息科技 (北京) 有限公司©版权所有
  • 客服微信

  • 服务号