首页> 外文OA文献 >Penemuan seramik China di Kampung Sungai Mas, Kota Kuala Muda, Kedah
【2h】

Penemuan seramik China di Kampung Sungai Mas, Kota Kuala Muda, Kedah

机译:在吉打州瓜拉穆达Kampung Sungai Mas发现中国陶瓷

摘要

Kegemilangan Sungai Mas sebagai sebuah tapak penting zaman proto-sejarah pada tahun 1979 apabila projek pembinaan tali air di Kampung Sungai Mas, Kota Kuala Muda Kedah telah menemukan pelbagai jenis artifak seperti pecahan seramik perdagangan asing, bahan binaan candi, pelbagai jenisudmanik dan serpihan kaca yang dipercayai dari Timur Tengah, tembikar tanah dan arca agama. Inskripsi Sungai Mas I yang telah diberi pentarikhan relatif abad ke 6 atau ke 7 Masihi juga telah ditemui secara tidak sengaja oleh penduduk kampung. Kajian seterusnya dilakukan oleh Jane Allen, dari Amerika Syarikat dengan Jabatan Geografi, Universiti Malaya di mana penyelidikan tersebut adalah berkaitan “Trade transportation and tributaries: exchange, agriculture and settlement distribution in early historic-period Kedah,udMalaysia”. Beliau telah melaporkan sebanyak 12 buah tapak bersama jumpaan artifak yang terdiri daripada bahan binaan, seramik asing, tembikar tanah, kaca, manik dan batu bersurat di kawasan kampung Sungai Mas. Kajian diteruskan oleh kumpulan arkeologi UKM dan Jabatan Muzium Malaysiaudmendapati Sungai Mas merupakan tapak tanah bersejarah yang merupakan bandar pelabuhan Kedah purba terawal di Lembah Bujang. Keadaan ini dibuktikan dengan penemuan pelbagai jenis artifak pecahan seramik yang merupakan data yang bernilai tinggi. Di antara bukti penting terhadap kewujudan Sungai Mas sebagai pelabuhan purba ialah penemuan Seramik China dari zaman Dinasti Tang (618-906 A.D.) dan Dinasti Sung (960-1279 A.D.), Yuan (1271-1368 A.D.), Dinasti Ming (1368-1644 A.D.) dan Dinasti Ching (1644-1911 A.D.). Jenis seramik China yang sering dijumpai di Sungai Mas ialah stoneware, celadon, Qing Pai dan porselin. Seramik Timur Tengah abad 8 hingga 9 Masihi, berwarna biru atau hijau dan pecahan kaca (Islamic glass) pelbagai warna juga ditemui. Malahan kajian perbandingan yang dilakukan oleh penyelidik tempatan mendapati bahawa seramik China yang ditemui di Sungai Mas mempunyai banyak persamaan di seluruh Asia Tenggara dalam zaman tersebut. Hal ini mengukuhkan lagi bukti bahawa Sungai Mas merupakan sebuah pelabuhan entrepot yang terpenting di Asia Tenggara suatu ketika dahulu.
机译:1979年,在哥斯达黎加吉打州甘榜双溪马斯的水绳建设项目中发现马斯河,这是原始历史时期的重要遗址,发现了各种文物,例如外贸陶瓷,寺庙建筑材料,各种玻璃器皿和玻璃碎片来自中东的陶器和宗教雕像。村民还偶然发现了Mas I河的铭文,该碑有公元6或7世纪的相对年代。下一项研究是由来自美国马来亚大学地理系的简·艾伦(Jane Allen)进行的,研究涉及“贸易运输和支流:历史悠久的早期吉打州,马来西亚的贸易,农业和定居点的分布”。他报告了Sungai Mas村的12个遗址以及人工制品,包括用异物,陶瓷,陶器,玻璃,珠子和铭文制成的材料。 UKM考古集团和马来西亚博物馆部门进行的研究发现,马斯河是一个历史古迹,是Single Valley最早的港口城市吉打。通过发现各种具有高价值的陶瓷碎片文物可以证明这一点。马斯河作为古代港口存在的重要证据之一是从唐朝(公元618-906年)和宋朝(960-1279年),元朝(1271-1368年),明朝(1368-1644年)发现了中国陶瓷)和清朝(公元1644-1911年)。在马斯河发现的最常见的中国陶瓷是stone器,青瓷,青排和瓷器。还发现了公元8世纪和9世纪的中东陶瓷,其颜色为蓝色或绿色,以及各种深浅不同的伊斯兰玻璃。即使是当地研究人员的比较研究也发现,这段时间在马斯河发现的中国陶瓷在整个东南亚有许多相似之处。这进一步证实了马斯河是东南亚重要的入境港口的证据。

著录项

相似文献

  • 外文文献
  • 中文文献
  • 专利

客服邮箱:kefu@zhangqiaokeyan.com

京公网安备:11010802029741号 ICP备案号:京ICP备15016152号-6 六维联合信息科技 (北京) 有限公司©版权所有
  • 客服微信

  • 服务号