首页> 外文期刊>Research Journal of Social Sciences >Program Latihan Khidmat Negara (PLKN): Wadah Baru Sosialisasi Politik
【24h】

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN): Wadah Baru Sosialisasi Politik

机译:国家服务培训计划(PLKN):政治社会化的新潜力

获取原文
       

摘要

Makalah ini membincangkan tentang pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sebagai agen baru sosialisasi politik. Pelaksanaan PLKN yang berteraskan kepada konsep khidmat negara mempunyai matlamat untuk memupuk semangat patriotisme, perpaduan dan integrasi nasional, membentuk perwatakan positif, menyemarak semangat kesukarelawanan dan melahirkan generasi yang aktif serta mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Dalam mencapai matlamat yang telah disasarkan tersebut, pendekatan multidimensi telah diaplikasi menerusi empat modul utama merangkumi modul fizikal, modul kenegaraan, modul pembinaan karakter dan modul khidmat komuniti di samping beberapa sub-modul latihan. PLKN telah dirangka khusus sebagai suatu program yang komprehensif dalam membina jati diri golongan belia di negara ini dengan tumpuan utama diberikan kepada kumpulan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekitar umur 17 tahun dan ke atas. Berdasarkan kepada pendekatan yang telah dilaksanakan menerusi PLKN, satu kajian telah dijalankan untuk mengukur keberkesanan program. Kajian ini menggunakan kerangka sosialisasi politik. Hasil kajian mendapati PLKN adalah suatu wadah baru sebagai agen sosialisasi politik yang efektif dalam memberikan pendedahan dan mendidik generasi muda di Malaysia. Pendekatan ini mungkin baru dalam konteks Malaysia tetapi telah lama digunakan di Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah lain yang telah menjadikan program- program belia sebagai pelengkap kepada agen-agen sosialisasi politik tradisi. Oleh itu, dalam memastikan pelaksanaan PLKN terus mencapai matlamatnya dan menjadi agen sosialisasi politik yang efektif, PLKN perlu sentiasa dikemas kini dan disesuaikan dengan transformasi sosial yang berlaku dalam masyarakat.
机译:本文讨论了国家服务培训计划(PLKN)作为政治社会化的新推动者的实施。以国民服务理念为基础实施PLKN的目标是,培养爱国主义,团结和民族融合的精神,形成积极的性格,振奋志愿精神,并产生一个充满自信的积极一代。为了实现这些目标,除几个培训子模块外,还通过四个主要模块(包括物理模块,国家地位模块,角色构建模块和社区服务模块)采用了多维方法。 PLKN是专门设计的综合计划,旨在提高该国青年的身份,重点是17岁及以上的Sijil Pelajaran Malaysia(SPM)毕业生群体。基于通过PLKN实施的方法,进行了一项研究以评估该计划的有效性。本研究使用政治社会化的框架。研究结果发现,PLKN是一个新的平台,可以作为有效的政治社会化媒介来提供曝光和教育马来西亚的年轻一代。这种方法在马来西亚语环境中可能是新方法,但在美国和其他将青年计划作为传统政治社会化代理的补充的欧洲国家中早已使用。因此,为了确保PLKN的实施继续实现其目标并成为政治社会化的有效推动者,PLKN需要不断更新并适应社会中发生的社会变革。

著录项

相似文献

  • 外文文献
  • 中文文献
  • 专利
获取原文

客服邮箱:kefu@zhangqiaokeyan.com

京公网安备:11010802029741号 ICP备案号:京ICP备15016152号-6 六维联合信息科技 (北京) 有限公司©版权所有
  • 客服微信

  • 服务号