Objektif projek ini adalah untuk menghasilkan satu laman web Pembelajaran BerbantukanudKomputer (PBK) Matematik Tingkatan Satu bagi mempelajari tajuk Pecahan dalam Bahasa Inggeris.udProses pembangunan laman web berunsurkan PBK ini berteraskan Rekabentuk Instruksi Bersistem ModeludADDIE. Laman web ini disusun dan dipersembahkan secara teratur supaya pelajar dapat membina konsepuddan kemahiran matematik secara aktif dan bermakna. Pelajar dibantu membina konsep abstrak denganudvisual yang konkrit. PBK ini juga bersifat mesra pengguna dan interaktif di mana maklum balas akanuddiberikan dengan serta merta terhadap setiap tindakan pengguna. Pelajar mempunyai kuasa kawalan yangudsepenuhnya dan bebas untuk belajar menggunakan PBK yang telah disediakan. Aktiviti seperti tutorialuddan latihan, yang disediakan dalam laman web ini diharap dapat membantu pelajar mengukuhkanudpemahaman mereka dengan cara yang menyeronokkan. PBK ini dibangunkan dengan menggunakanudperisian Macromedia Dreamweaver MX sebagai perisian utama dan disokong oleh perisian-perisian lainudseperti Adobe Photoshop CS, Adobe Audition 1.5, Flash MX 2004 dan sebagainya. Diharapkan lamanudweb ini dapat membantu pelajar menguasai konsep dan kemahiran pecahan dengan baik.udKatakunci: Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)
展开▼