首页> 外文OA文献 >Kaedah petak sifir : kajian perbandingan matematik tahun 4 dalam penguasaan fakta asas darab
【2h】

Kaedah petak sifir : kajian perbandingan matematik tahun 4 dalam penguasaan fakta asas darab

机译:零平方方法:对基本事实的掌握对四年级的比较研究

代理获取
本网站仅为用户提供外文OA文献查询和代理获取服务,本网站没有原文。下单后我们将采用程序或人工为您竭诚获取高质量的原文,但由于OA文献来源多样且变更频繁,仍可能出现获取不到、文献不完整或与标题不符等情况,如果获取不到我们将提供退款服务。请知悉。

摘要

Pendaraban atau operasi kira darab merupakan salah satu kemahiran asas matematik. Kemahiran operasi darab ini penting untuk pembelajaran matematik yang lebih tinggi. Kajian ini merupakan kajian tinjauan untuk melihat keberkesanan kaedah petak sifir dalam proses pembelajaran fakta asas darab matematik tahun 4. Dua pendekatan pengajaran telah digunakan sebagai perbandingan iaitu kaedah pengajaran tradisional yang berasaskan hafalan dan kaedah petak sifir yang menggunakan petak-petak tertentu berasaskan sifir satu hingga sembilan. Dua sekolah telah terlibat dalam kajian ini iaitu SK LKTP Tenggaroh 1 dan SK LKTP Tenggaroh 2. Kedua-duanya berada dalam daerah Mersing, lohor. Kelas pertama daripada kedua-dua buah sekolah telah dipilih sebagai sampel kajian. Kumpulan pelajar seramai 25 orang SK LKTP Tenggaroh 1 diajar dengan menggunakan kaedah petak sifir manakala 25 orang lagi daripada SK LKTP Tenggaroh 2 diajar dengan menggunakan kaedah tradisional (hafalan). Ujian pra dan ujian ujian pos telah diberikan dan markah direkodkan. Soalan ujian pra dan pos dibina berasaskan kepada topik kira darab tahun 4 Kementerian Pendidikan Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan pencapaian antara kedua-dua kumpulan pelajar. Kumpulan pelajar yang diajar menggunakan kaeadah petak sifir telah menunjukkan peratus peningkatan yang tinggi iaitu 42.96% berbanding kaedah tradisional iaitu 19.68%. Dapatan ini menunjukkan bahawa kaedah petak sitir lebih berkesan dalam proses pembelajaran asas darab matematik tahun 4. Beberapa cadangan dan penambahbaikan dalam pengajaran fakta asas darab juga dibincangkan.
机译:乘法或乘法运算是基本的数学技能之一。这些基本操作技能对于高等数学学习非常重要。这项研究是一项调查研究,旨在研究球形方法在第4年的基础数学学习过程中的有效性。已使用两种教学方法来比较基于记忆的传统教学方法和使用基于一到九个象限的特定宗地的四重方法。 。参与这项研究的两家学校分别是SK LKTP Tenggaroh 1和SK LKTP Tenggaroh2。两所学校都位于中午丰盛区。两所学校的第一堂课均被选为学习样本。一组25名来自SK LKTP孟加拉国1的学生使用二次法授课,其余25名来自SK LKTP孟加拉国2的学生采用传统方法(记忆)授课。进行考试前和考试后并记录分数。考试前和考试后的问题均基于马来西亚教育部四年级的主题。结果表明,两组学生的成绩有所不同。与传统方法的19.68%相比,被教导使用卷心菜壁球的学生群体比例提高了42.96%。这一发现表明,柑桔的方法在基础学习过程中比数学四年级更有效。还讨论了在教授基本事实方面的一些建议和改进。

著录项

相似文献

  • 外文文献
  • 中文文献
  • 专利

客服邮箱:kefu@zhangqiaokeyan.com

京公网安备:11010802029741号 ICP备案号:京ICP备15016152号-6 六维联合信息科技 (北京) 有限公司©版权所有
  • 客服微信

  • 服务号