Penyelidikan ini memberi penekanan kepada penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pembangunan pendidikan dan kerjaya pelajar. Tujuan penyelidikan ialah untuk membantu pelajar mendapatkan deskripsi yang tepat tentang diri, pemilihan kursus di peringkat pengajian tinggi, dan perancangan kerjaya masa hadapan. Faktor pemilihan adalah berdasarkan kepada kecerdasan dan personaliti pelajar. Penyelidik telah membangunkan sistem pemilihan kursus dan kerjaya yang dinamakan ‘Education and Career Guidance’. Terdapat lima komponen utama dalam sistem ini iaitu Ujian Kecerdasan Pelbagai, Ujian Pesonaliti, data kelayakan akademik dan peribadi pelajar. Sistem ini dapat membantu pelajar membuat keputusan yang lebih tepat dan praktikal. Sistem yang dibangunkan adalah berasaskan kepada Web. Bahasa pengaturcaraan yang digunakan adalah PHP dan MySQL sebagai pangkalan data. Algoritma yang digunakan dalam ujian adalah berdasarkan Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner dan Teori Kerjaya John Holland. Kedua-dua teori ini digunakan dalam ujian yang disediakan. Model Spiral digunakan dalam proses pembangunan perisian. Kaedah kajian pula berdasarkan kepada pendekatan tinjauan dan pemerhatian. Subjek kajian ialah guru kaunselor dan pelajar tingkatan 6 atas, Sekolah Menengah Seksyen 16, Shah Alam. Penilaian yang dilakukan menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar bersetuju bahawa sistem ini dapat membantu mereka dalam pemilihan kursus dan kerjaya masa hadapan mereka. Oleh itu pertumbuhan dan perkembangan personaliti pelajar menjadi lebih sistematik dan terancang.
展开▼
机译:这项研究强调在学生教育和职业发展中使用信息和通信技术(ICT)。这项研究的目的是帮助学生获得准确的描述,高等教育课程的选择以及未来的职业规划。选择因素基于学生的才智和个性。研究人员已经开发了一种称为“ dEducation and Career Guidance”的课程和职业选择系统。该系统有五个主要组成部分:多元智力测验,人格测验,学生学术和个人资格数据。该系统可以帮助学生做出更明智的决策。开发的系统是基于Web的。使用的编程语言是PHP和MySQL作为数据库。测试中使用的算法基于Howard Gardner的多元智能理论和John Holland的职业理论。两种理论都在提供的测试中使用。螺旋模型用于软件开发过程中。研究方法基于调查和观察方法。研究对象是莎阿南第16中学中学的辅导老师和高年级学生。评估表明,大多数学生都认为该系统可以帮助他们将来的课程和职业。结果,学生个性的成长和发展变得更加系统和有组织。
展开▼