Kertas ini bertujuan menjalankan kajian analisis frekuensi banjir serantau bagi aliran sungai tahunan maksimum di Semananjung Malaysia menggunakan pendekatan LQ-momen. Kaedah LQ-momen dibangunkan untuk digunakan dalam analisis frekuensi banjir serantau bagi mengukur keserasian data, kehomogenan rantau dan pengujian pemadanan bagi mengenal pasti taburan serantau terbaik. Algoritma Gustafson-Kessel (GK) diperkenalkan dalam mengenal pastiudrantau homogen Semenanjung Malaysia, dan telah menghasilkan enam rantau homogen yanguddiuji menggunakan kaedah LQ-momen. Hasil kajian ini menyokong bahawa kaedah LQ-momenudsecara umumnya berupaya, ringkas dan teguh. Ini membuatkan ianya sebagai alternatif pilihanuduntuk digunakan dalam analisis frekuensi banjir serantau.
展开▼