首页> 外文OA文献 >Implikasi Pencemaran Alam Sekitar Terhadap Nilai Harta Tanah Kediaman
【2h】

Implikasi Pencemaran Alam Sekitar Terhadap Nilai Harta Tanah Kediaman

机译:环境污染对住宅房地产价值的影响

代理获取
本网站仅为用户提供外文OA文献查询和代理获取服务,本网站没有原文。下单后我们将采用程序或人工为您竭诚获取高质量的原文,但由于OA文献来源多样且变更频繁,仍可能出现获取不到、文献不完整或与标题不符等情况,如果获取不到我们将提供退款服务。请知悉。

摘要

Secara teori, nilai harta tanah kediaman adalah fungsi kepada ciri-ciri fizikal, lokasi, kejiranan, dan persekitaran harta tanah berkenaan. Kesan faktor persekitaran, khususnya pencemaran air, terhadap nilai harta tana, walau bagaimanapun, masih kurang dikaji di Malaysia. Adakah pencemaran air memberi kesan terhadap nilai harta tanah dan dengan itu diambil kira oleh pembeli dalam membayar harga rumah? Objektif kajian ini ialah untuk menyelidiki kesan pencemaran sungai terhadap nilai harta tanah kediaman dengan memilih beberapa taman perumahan di Johor Bahru sebagai kajian kes. Di samping itu, faktor-faktor lain yang mempengaruhi nilai harta tanah juga diambil kira dalam kajian ini. Kawasan kajian yang dipilih terletak berhampiran dengan sungai tercemar. Peta digital digunakan sebagai asas untuk memilih lot-lot harta tanah kediaman yang mungkin menerima kesan pencemaran sungai menerusi teknik penimbalan GIS. Bagi membolehkan analisis penimbalan dilaksanakan, data transaksi harta tanah kediaman di kawasan kajian diintegrasikan ke dalam perisian Arc View 3.1. Dua pembolehubah alam sekitar (rumah yang terletak kurang daripada 200 meter dan rumah yang terletak di antara 200 dan 500 meter di sepanjang tebing sungai tercemar) dibentuk untuk mengetahui kesan pencemaran sungai ke atas nilai harta tanah kediaman. Maklumat ini kemudiannya dimasukkan ke dalam perisian SPSS untuk tujuan pemodelan regresi. Hasil analisis mendapati bahawa harta tanah kediaman yang menerima kesan pencemaran sungai dijual pada harga yang lebih rendah berbanding harta tanah yang bebas daripada pencemaran. Oleh itu, terdapat bukti bahawa pembeli rumah mengambil kira mutu alam sekitar dalam transaksi harta tanah kediaman. Kajian lanjutan juga dicadangkan untuk menyiasat kesan pelbagai aspek pencemaran alam sekitar terhadap nilai harta tanah kediaman di kawasan-kawasan perumahan yang lain.
机译:从理论上讲,住宅财产的价值是财产的物理属性,位置,邻里和环境的函数。然而,在马来西亚,环境因素(尤其是水污染)对自然资源价值的影响的研究仍然很少。水污染是否会影响房地产价值,因此买方在支付房价时会予以考虑?这项研究的目的是通过选择新山的几个住宅公园来研究河流污染对住宅资产价值的影响。此外,本研究还考虑了其​​他影响房地产价值的因素。选定的研究区域位于受污染的河流附近。数字地图被用作选择可能会通过GIS缓冲技术受到河流污染的住宅房地产的基础。为了进行缓冲分析,将研究区域内的住宅房地产交易数据集成到Arc View 3.1软件中。为了确定河流污染对住宅资产价值的影响,使用了两个环境变量(位于河岸以下200米以下的房屋和位于河岸200至500米之间的房屋被污染)。然后将此信息输入SPSS软件以进行回归建模。分析发现,受到河流污染影响的住宅物业的售价要低于没有污染的住宅物业的售价。因此,有证据表明购房者在房地产交易中考虑了环境质量。还提出了进一步的研究,以调查环境污染各个方面对其他居民区住宅资产价值的影响。

著录项

  • 作者单位
  • 年度 2005
  • 总页数
  • 原文格式 PDF
  • 正文语种 {"code":"id","name":"Indonesian","id":20}
  • 中图分类

相似文献

  • 外文文献
  • 中文文献
  • 专利

客服邮箱:kefu@zhangqiaokeyan.com

京公网安备:11010802029741号 ICP备案号:京ICP备15016152号-6 六维联合信息科技 (北京) 有限公司©版权所有
  • 客服微信

  • 服务号