Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah modul pembelajaran iaitu Modul ChemQ berdasarkan Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK) bagi konsep Persamaan Kimia. Modul ini bertujuan membantu mengatasi kelemahan pelajar dalam menguasai konsep persamaan kimia. Pengetahuan Pedagogi Kandungan terdiri daripada lima komponen iaitu (i) Pengetahuan Terhadap Konsep, (ii) Pengetahuan Terhadap Kepentingan Konsep, (iii) Pengetahuan Terhadap Kesukaran Pelajar Menguasai Konsep Persamaan Kimia, (iv) Pengetahuan Terhadap Strategi Pengajaran, dan (v) Pengetahuan Terhadap Teknik Penilaian. Dua strategi pengajaran berdasarkan Model Penyelesaian Polya dan Model Needhem Lima Fasa telah dikemukan dalam Modul ChemQ. Seramai 22 orang pelajar di sebuah sekolah menengah di kawasan Skudai terlibat dalam kajian ini. Pengumpulan data di lakukan menerusi ujian diagnostik. Ujian diagnostik telah digunakan sebagai instrumen kajian untuk mengenal pasti kelemahan pelajar dalam konsep dan menilai keberkesanan perlaksanaan Modul ChemQ terhadap pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Data yang diperoleh daripada ujian diagnosis diproses dengan menggunakan kaedah kuantitatif secara peratusan dan kualitatif secara kandungan. Berdasarkan keputusan kajian, pelajar mempunyai kelemahan dalam menguasai konsep persamaan kimia dan Modul ChemQ sedikit sebanyak membantu mengatasi masalah tersebut. Di samping itu, cadangan penambahbaikan turut diberikan oleh pengkaji bagi meningkatkan keberkesanan modul. Justeru itu, modul sesuai digunakan selain dapat mempelbagaikan bahan rujukan para pelajar dalam bidang kimia.
展开▼