Sektor pembinaan berasaskan industri atau ’Industrialised Building System’ merupakan salahudsatu daripada inovasi di dalam teknologi pembinaan bangunan.Sistem ini diyakini dapatudmembantu di dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan kualiti dan produktiviti binaanudserta permasalahan berkaitan dengan penggunaan tenaga buruh asing di dalam sektorudpembinaan.Namun penerimaan oleh pihak yang terlibat terhadap sesuatu teknologi adalahudmerupakan suatu yang rumit terutamanya yang melibatkan teknologi baru.Justeru itu kajianudini dijalankan bagi membincangkan sejauhmana kadar penggunaan ‘Industrialised Building System,’ faktor-faktor yang menyebabkan halangan terhadap penggunaan teknologi ini serta kelebihan dan kekurangannya.Tujuan kajian ini juga adalah untuk mendapatkan persepsi pemaju perumahan di negeri Kedah dan Perlis berkenaan dengan IBS yang merangkumi pengetahuan organisasi pemaju mengenai IBS, sumber rujukan, potensi penggunaan padaudmasa hadapan serta halangan-halangan yang dihadapi. Di akhir kajian turut mencadangkanudbeberapa alternatif kearah pertingkatkan tahap penggunaan IBS khasnya di sektor pembinaanuddi negeri Kedah dan Perlis.
展开▼