首页> 外文OA文献 >Hi-PET – Meraikan Kepelbagaian Bakat Kepimpinan udDalam Organisasi Abad Ke-21
【2h】

Hi-PET – Meraikan Kepelbagaian Bakat Kepimpinan udDalam Organisasi Abad Ke-21

机译:Hi-PET-庆祝领导才能的多元化 ud21世纪的组织

摘要

Sebuah organisasi yang berjaya bukan sahaja aktif dalam menggalakkan semangat berpasukan, tetapi sentiasa mencari mekanisme untuk membangunkan kemahiran berpasukan bagi meningkatkan peranan pasukan tersebut. Keberkesanan kemahiran berpasukan ini amat dipengaruhi oleh kepelbagaian bakat yang wujud dalam sesebuah organisasi untuk mendokong aspirasi dan inspirasi organisasi tersebut mencapai kecemerlangan. Justeru, dalam usaha untuk mencapai visi Universiti Malaysia Pahang (UMP) serta merealisasikan Pelan Strategik UMP 2011-2015, satu pasukan pengerak yang mahir dan kompeten telah dibentuk melalui inovasi program yang dikenali sebagai Pasukan Eksekutif Berprestasi Tinggi atau “High Performance Executive Team” yang lebih dikenali sebagai Hi-PET dan terdiri daripada gabungan staf akademik dan staf bukan akademik. Kepelbagaian bakat kepimpinan pasukan ini diukur berdasarkan kepada tiga kompetensi utama pekerjaan iaitu gaya pemikiran, kepentingan tugas dan ciri-ciri tingkah laku yang dibentuk melalui corak pekerjaan. Pemilihan kumpulan Hi-PET seterusnya dibuat melalui Padanan Kerja Hi-PET yang dipetakan kepada profil individu bagi mendapatkan peratusan indeks Padanan Kerja. Manakala proses penilaian bagi membentuk corak atau watak organisasi yang pelbagai adalah melalui beberapa proses penilaian seperti penilaian daya kepimpinan individu, penilaian personaliti serta penilaian persepsi terhadap penambahbaikan keupayaan organisasi. Usaha dan mekanisma pembentukan kumpulan melalui kaedah ini diharapkan mampu memanfaatkan kepelbagaian bakat yang ada sebaik mungkin untuk meneruskan kelangsungan organisasi di abad ke-21.
机译:一个成功的组织不仅积极促进团队合作精神,而且一直在寻找发展团队技能的机制来增强团队角色。该团队技能的有效性在很大程度上取决于组织内部存在的人才多样性,以支持组织追求卓越的愿望和灵感。因此,为了实现马来西亚彭亨大学(UMP)的愿景并实现UMP战略计划2011-2015,通过计划创新组建了一支技术熟练且称职的团队,称为高性能执行团队或“高性能执行团队”。被称为Hi-PET,由学术和非学术人员组成。该团队领导能力的多样性是根据工作的三个关键能力来衡量的:思维方式,工作的重要性以及工作模式所塑造的行为特征。通过映射到各个配置文件的Hi-PET匹配来进行随后的Hi-PET组选择,以获得工作匹配指数的百分比。评估不同组织模式或行为的过程是通过许多评估过程进行的,例如个人领导能力,人格评估和对组织能力提高的看法。期望通过这种方法形成团队的努力和机制将利用可利用的人才的多样性来使组织在21世纪继续取得成功。

著录项

相似文献

  • 外文文献
  • 中文文献

客服邮箱:kefu@zhangqiaokeyan.com

京公网安备:11010802029741号 ICP备案号:京ICP备15016152号-6 六维联合信息科技 (北京) 有限公司©版权所有
  • 客服微信

  • 服务号