首页>
外文OA文献
>Kemampanan persekitaran klaster sawit: kajian kes di sekitar Pulau Carey, Selangor (Environmental sustainability of palm cluster: a case study in and around Carey Island, Selangor)
【2h】
Kemampanan persekitaran klaster sawit: kajian kes di sekitar Pulau Carey, Selangor (Environmental sustainability of palm cluster: a case study in and around Carey Island, Selangor)
Tujuan utama artikel ini adalah untuk menilai kemampanan persekitaran klaster perindustrian minyak sawit diudsekitar Pulau Carey, Selangor. Aktiviti utama yang terlibat di peringkat huluan ialah penanaman kelapa sawit danudpengilangan minyak sawit, manakala aktiviti hiliran merangkumi pengilangan isi sawit, penapisan minyak sawit danudpengilangan oliokimia. Kesemua pengusaha yang terlibat, kecuali pengilang isi sawit berada di bawah kumpulanudSime Darby. Berdasarkan lawatan dan pemerhatian yang dilakukan di kawasan berkenaan dan sumber maklumatudsekunder, kajian ini mendapati bahawa kehampiran fizikal membolehkan aktviti tersebut menyumbang kepadaudkecekapan logistik dan jejak karbon yang rendah. Penanaman kelapa sawit menggantikan getah tua di ladang sawitudPulau Carey tidak berhubungkait dengan kontroversi persekitaran yang berkaitan dengan kehilangan hutan dara.udAmalan pertanian yang baik, pemeliharaan kepelbagaian-bio dan kelapa sawit sebagai tanaman berhasil tinggi, telahudmeningkatkan kemampanan persekitaran. Kehampiran fizikal antara ladang dengan kilang minyak sawit telahudmenyumbang kepada penggunaan sisa seperti POME yang dirawat serta tandan sebagai baja di ladang. Hal tersebutudseterusnya menyumbang kepada kemampanan persekitaran melalui intervensi kimia yang minimum. Kehampiranudjarak antara ladang dengan kilang minyak sawit juga telah menyumbang kepada peningkatan kualiti minyak sertaudkadar pengekstrakan minyak dan seterusnya mengecilkan jejak karbon pengangkutan. Bagaimanapun, biogas yanguddijana daripada loji rawatan di kilang minyak sawit, pada ketika ini, masih belum digunakan untuk tujuanudPengurangan Emisi Yang Disahkan di bawah Mekanisma Pembangunan Bersih. Begitu juga bagi produkudsampingan pepejal seperti gentian dan kulit, sesuai dimajukan untuk nilai tambah produk yang tinggi berbandinguddengan penggunaannya sebagai bahan api pepejal. Pengilangan isi sawit, satu aktiviti hiliran, amat mesra alamudkerana penjanaan sisa amat minimum. Manakala bagi aktiviti hiliran seperti penapisan minyak dan pengilanganudoliokimia, teknologi rawatan yang sedia ada mampu menyangkal pandangan bahawa aktiviti tersebut menghasilkanudbahan pencemar utama. Aktiviti keseluruhan di klaster perindustrian minyak sawit di sekitar Pulau Carey dalamudrantaian antara huluan dan hiliran, secara keseluruhannya mencapai kemampanan persekitaran.
展开▼