Menekuni pemikiran Melayu daripada pelbagai sumber, seperti peribahasa adalah sesuatu yangudmengujakan kerana melaluinya, pelbagai nilai dan falsafah hidup yang menjadi akar budayaudmasyarakat Melayu dapat difahami. Sesuatu yang menarik mengenai peribahasa ialah, periudpentingnya peribahasa hanya akan dapat difahami apabila kita dapat memahami maknaudperibahasa, dan makna sesebuah peribahasa itu pula hanya dapat difahami, sekiranya kita dapatudmemahami lambang atau simbol yang menjadi inti dalam peribahasa yang dikaji. Bergerakuddaripada premis tersebut, kajian ini bertujuan menjelaskan pemikiran Melayu yang terpancaruddaripada bingkai makna darah, yang sering dijadikan simbol dalam peribahasa Melayu. Denganudmenelusur sub korpus data peribahasa yang berpangkalan di www.malaycivilization.com/,udsebanyak 116 peribahasa berkaitan darah telah diklasifikasikan mengikut kategori-kategoriudtertentu, berdasarkan prinsip kognitif. Hasil analisis menunjukkan bahawa, masyarakat Melayuudsangat kreatif dalam membingkai makna darah, bermula dengan makna yang berkisar dalamuddomain [cecair] yang memerikan darah dalam dua kategori iaitu kategori umum (darah ialahuddarah) dan kategori khusus (darah mewakili penyakit dan warna), membawa kepada domainud[perasaan] dan [sikap]. Perubahan domain ini bukan sahaja membuktikan kekreatifanudmasyarakat Melayu dalam berbahasa, malah dapat mengupas kehalusan dan ketajamanudpemikiran serta akal budi orang Melayu ketika berbahasa.
展开▼