首页> 外文OA文献 >Permasalahan pengacara wanita di televisyen: satu kajian dari perspektif dakwah di Stesen TVRI Sulawesi Selatan
【2h】

Permasalahan pengacara wanita di televisyen: satu kajian dari perspektif dakwah di Stesen TVRI Sulawesi Selatan

机译:电视上的女律师问题:南苏拉威西电视台电视台从传教士角度进行的研究

摘要

Televisyen merupakan salah satu media komunikasi yang baik, kerana selain dapat menyampaikan informasi juga mengandungi fungsi sebagai media pendidikan, media hiburan sekaligus sebagai penghubung sosial. Kehadiran televisyen saat ini sudah menjadi salah satu keperluan utama bagi kehidupan manusia moden, dan kini juga menjadi media dakwah yang cukup berkesan. Kajian ini membincangkan tentang permasalahan wanita yang tampil di televisyen sebagai sebahagian pekerja dalam industri televisyen. Penulis melakukan kajian melalui metod kepustakaan dengan membaca beberapa literatur serta metod pengamatan ataupun observasi selama penulis bertugas sebagai pengacara televisyen di stesen TVRI Sulawesi Selatan, di samping metod interview atau temu ramah dengan seorang responden iaitu: Dra. Nurdiyah, Koordinator Pengacara TVRI Sulawesi Selatan. Dalam kajian ini terdapat beberapa permasalahan seperti pengacara wanita di televisyen mendapat layanan yang tidak setaraf dengan lelaki atau permasalahan kesetaraan gender terutama dalam hal regulasi dan kod etika penyiaran dan kesedaran dalam menjalankan perintah agama bagi pengacara wanita muslim. Untuk itu perlu adanya peranan dari berbagai aspek sama ada peranan daripada Komisi Penyiaran Indonesia sebagai representasi daripada unsur kerajaan, peranan ulama dan tokoh masyarakat, peranan pengerusi stesen Televisyen Republik Indonesia serta peranan keluarga dan masyarakat awam. Objektif kajian ini ialah untuk membincangkan penglibatan wanita dalam industri penyiaran, mengenal pasti permasalahan pengacara wanita di televisyen dalam skop permasalahan tertentu, serta mencadangkan penyelesaian terhadap permasalahan yang timbul melalui perspektif dakwah semoga dapat memberi manfaat bagi dunia ilmu pengetahuan.
机译:电视是一种很好的交流手段,因为电视除了可以传达信息外,还可以用作教育媒体,娱乐媒体和社交媒体。电视的出现现在已经成为现代人类生活的主要必需品之一,并且它已经成为一种非常有效的宣传媒介。这项研究讨论了妇女作为电视行业劳动力的一部分出现在电视上的问题。在采访方法或与受访者Dra的访谈方式之外,作者在TVRI南苏拉威西站担任电视律师的过程中,通过阅读一些文献以及观察或观察方法,通过图书馆的方法进行了研究。南苏拉威西岛TVRI协调员Nurdiyah。在这项研究中,存在一些问题,例如电视上的女律师对男人的待遇不公平或性别平等问题,特别是在规章制度和广播道德守则以及对穆斯林女律师执行宗教命令方面的意识方面。在这方面,应发挥各种作用,包括印度尼西亚广播委员会作为代表政府成员的作用,神职人员和公众人物的作用,印度尼西亚电视台主席的作用以及家庭和公众的作用。这项研究的目的是讨论妇女在广播业中的参与,在特定问题的背景下确定电视上的女律师问题,并针对传教士的观点提出可能对科学界有益的问题的解决方案。

著录项

相似文献

  • 外文文献
  • 中文文献
  • 专利

客服邮箱:kefu@zhangqiaokeyan.com

京公网安备:11010802029741号 ICP备案号:京ICP备15016152号-6 六维联合信息科技 (北京) 有限公司©版权所有
  • 客服微信

  • 服务号