首页> 外文OA文献 >Model analisis impak perubahan keperluan perisian
【2h】

Model analisis impak perubahan keperluan perisian

机译:对软件需求变更影响的模型分析

摘要

Persekitaran dan proses perniagaan yang dinamik menyebab perubahan keperluan dalam perisian tidak dapat dielak. Perubahan keperluan perisian perlu diurus dengan sebaiknya melalui analisis impak yang melibatkan pengenalpastian faktor penyumbang dan penilaian kesan perubahan keperluan terhadap persekitaran semasa. Analisis impak ini perlu disempurna oleh pasukan yang khas iaitu Jawatankuasa Kawalan Perubahan (JKP). Pada dasarnya, analisis impak membantu JKP memperoleh gambaran potensi impak sesuatu perubahan terhadap organisasi sebelum melaksananya. Ini perlu kerana analisis impak yang tidak sempurna boleh menjejas projek sekali gus kemampanan organisasi. Kajian lampau mengenal pasti beberapa faktor teknikal dan bukan teknikal yang perlu diambil kira semasa analisis impak perubahan keperluan perisian. Namun faktor tersebut dikaji secara bersendiri dan berasingan menyebabkan analisis impak menyeluruh sukar dilakukan. Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti dan menggabung faktor tersebut sebagai model analisis impak perubahan keperluan yang bersepadu. Kajian ini bersifat kualitatif dengan data dikumpul mengguna teknik temu bual secara kumpulan fokus. Data yang dikumpul dianalisis mengguna teknik analisis kandungan. Hasil analisis mendapati terdapat empat kategori faktor yang terlibat iaitu Manusia, Proses, Teknologi (sedia ada) dan Organisasi. Setiap kategori faktor mengandungi faktor dan elemen tertentu yang dihubungkan untuk menggambarperkaitannya. Model ini dapat diguna oleh JKP sebagai panduan menilai sesuatu permintaan bagi perubahan keperluan perisian.
机译:动态的业务环境和流程不可避免地会改变软件需求。需要通过影响分析来更好地管理软件需求的变化,其中包括确定影响因素并评估不断变化的需求对当前环境的影响。这种影响分析需要由一个称为变更控制委员会(DOSH)的特殊团队来完成。基本上,影响分析可以帮助CIO更快地了解变更对组织的影响。这是必要的,因为不完善的影响分析可能会影响项目以及组织的可持续性。先前的研究已经确定了在分析软件需求变化的影响时要考虑的几个技术和非技术因素。但是,这些因素是分开研究的,因此很难进行总体影响分析。因此,本研究旨在识别和整合这些因素,作为综合需求影响分析的模型。这项研究对使用焦点小组访谈技术收集的数据进行了定性分析。使用内容分析技术分析收集的数据。分析发现涉及四类因素,即人,过程,技术(现有)和组织。每个因子类别都包含特定的因子和元素,这些元素和元素链接在一起以说明它们的相关性。 DOSH可以将此模型用作评估软件需求变更请求的指南。

著录项

相似文献

  • 外文文献
  • 中文文献
  • 专利

客服邮箱:kefu@zhangqiaokeyan.com

京公网安备:11010802029741号 ICP备案号:京ICP备15016152号-6 六维联合信息科技 (北京) 有限公司©版权所有
  • 客服微信

  • 服务号