首页> 外文OA文献 >Bentuk komunikasi penyertaan ulama selaku pemimpin pendapat dalam menyokong pembangunan nasional di Provinsi Sulawesi Selatan
【2h】

Bentuk komunikasi penyertaan ulama selaku pemimpin pendapat dalam menyokong pembangunan nasional di Provinsi Sulawesi Selatan

机译:支持南苏拉威西省的学者作为意见领袖的参与交流形式

摘要

Kertas kerja ini membincangkan bentuk komunikasi penyertaan ulama ke atas program pembangunan nasional di Provinsi Sulawesi Selatan, Indonesia. Kajian ini dijalankan untuk memperolehi gambaran sebenar kedudukan para ulama dalam pembangunan nasional. Matlamat pembangunan nasional iaitu untuk meningkatkan taraf kesejahteraan masyarakat, sama ada dari aspek jasmani mahupun dari aspek rohani. Untuk mencapai matlamat tersebut, penyertaan semua pihak termasuklah para ulama adalah sangat perlu. Ulama iaitu pemimpin agama Islam yang memiliki pengetahuan yang sangat luas mengenai faham keagamaan. Justeru itu, ulama dapat memberikan pengaruh kepada masyarakat, kerana merupakan individu yang dipercaya, memiliki kharisma, didengarkan nasihat juga dicontoh perilakunya. Sebagai pemimpin tidak formal, ulama semestinya bertanggung jawab terhadap semua aspek pembangunan. Penyertaan ulama dalam pembangunan adalah sangat mustahak, sama ada sebagai penerima langsung faedah pembangunan mahupun sebagai penyumbang aktif kepada proses pembangunan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa bentuk komunikasi penyertaan paling ramai dijalankan para ulama adalah melalui dialog, iaitu berkongsi idea-idea mengenai pembangunan bersama dengan pihak kerajaan, secara formal mahupun tidak formal. Dialog formal yang diikuti para ulama dalam menyokong pembangunan bersama pihak kerajaan iaitu seminar, persidangan dan mesyuarat. Manakala dalam dialog tidak formal, bentuk komunikasi penyertaannya iaitu dalam majlisudtidak rasmi, mahupun aktiviti tidak formal. Dalam realitinya,udbentuk komunikasi penyertaan para ulama yang telah dijalankanudbagi kedua-dua dialog tersebut, belum berlaku secara sempurna,udlagipun kesannya adalah rendah.
机译:本文讨论了印度尼西亚南苏拉威西省学者参与国家发展计划的交流形式。进行这项研究是为了准确了解学者在国家发展中的地位。国家发展的目标是在身体和精神上提高人民的福祉水平。为了实现这一目标,包括学者在内的所有各方的参与都是必不可少的。学者是伊斯兰的宗教领袖,他们对宗教理解有丰富的知识。因此,作为一个值得信赖,具有超凡魅力,听取建议并模仿自己的行为的人,学者们可以影响社会。作为非正式领导人,学者应该对发展的各个方面负责。作为发展利益的直接接受者或对发展过程的积极贡献者,学者参与发展至关重要。研究结果表明,学者之间最普遍的交流方式是通过正式和非正式的对话,以及与政府共同发展的想法。学者们进行了正式对话,以支持政府,研讨会,会议和会议的共同发展。在非正式对话中,参与的交流形式是正式活动或非正式活动。实际上,由于这两种对话还没有完全实现,因此已经进行的学者参与的交流形式可能很低。

著录项

相似文献

  • 外文文献
  • 中文文献
  • 专利

客服邮箱:kefu@zhangqiaokeyan.com

京公网安备:11010802029741号 ICP备案号:京ICP备15016152号-6 六维联合信息科技 (北京) 有限公司©版权所有
  • 客服微信

  • 服务号