首页> 外文OA文献 >Manga dan Dojinshi Malaysia: persamaan dan perbezaan ciri-ciri luaran karikatur
【2h】

Manga dan Dojinshi Malaysia: persamaan dan perbezaan ciri-ciri luaran karikatur

机译:漫画和马来西亚同人志:漫画外在特征的异同

代理获取
本网站仅为用户提供外文OA文献查询和代理获取服务,本网站没有原文。下单后我们将采用程序或人工为您竭诚获取高质量的原文,但由于OA文献来源多样且变更频繁,仍可能出现获取不到、文献不完整或与标题不符等情况,如果获取不到我们将提供退款服务。请知悉。

摘要

Artikel ini cuba mencari perbezaan dan persamaan ciri luaran karikatur manga dan dojinshi di Malaysia. Dalam kajian ini, manga adalah komik Jepun sama ada ditulis dalam bahasa Jepun atau telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu atau Inggeris, manakala dojinshi adalah komik yang ditulis dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris oleh peminat manga di Malaysia tanpa mengira bangsa. Sebanyak 35 buah dojinshi dan 20 buah manga dikaji aspek luarannya seperti pakaian, latar belakang gambar, bentuk muka, saiz mata, fesyen rambut serta ciri-ciri fizikal karikatur. Dalam kajian ini, hipotesis penulis adalah terdapat perbezaan dari segi latar belakang lakaran dan pakaian karikatur dalam dojinshi manakala dari segi aspek fizikal pula karikatur dalam dojinshi menyerupai karikatur dalam manga. Hal ini kerana penulis dojinshi sangat menggemari manga dan keterujaan tersebut turut mempengaruhi lakaran manga. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dan kaedah yang digunakan ialah kaedah pemerhatian dan analisis terhadap korpus terpilih. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat persamaan dan perbezaan dalam karakter luaran dojinshi dan manga. Selain itu terdapat juga penulis dojinshi ini yang menerapkan budaya Melayu atau secara amnya budaya Malaysia dalam penceritaan dan karakter luaran komik dojinshi. Imej luaran karya dalam dojinshi menerima sepenuhnya pengaruh manga seperti mata yang besar, hidung yang tirus dan mulut yang kecil, selain pakaian yang seksi serta emosi berlebihan yang digarapkan seperti air mata yang berguguran keluar dan pipi kemerahan. Antara imej luaran daripada ciri Malaysia pula adalahudwatak lelaki Melayu yang berjambang, hidung kemek dan berkulitudgelap, selain tudung dan pakaian yang menutup aurat. Oleh ituudsebagai rumusan ringkas, penulis dojinshi terbahagi kepada 3udgolongan iaitu penulis yang menerapkan sepenuhnya imej luaranudkarakter manga dalam dojinshi, penulis yang mencampurkan imejudMalaysia dan manga dalam karakter dojinshi dan penulis yangudmenggunakan sepenuhnya imej Malaysia dalam dojinshi.
机译:本文探讨了马来西亚漫画和同人志漫画的外部特征的异同。在这项研究中,漫画是用日语写成的日本漫画,或者已经翻译成法文或英文,而同人志则是马来西亚漫画迷不论种族如何用马来语或英语写的漫画。总共35个同人志和20个漫画研究了外观,衣服,背景图像,面部形状,眼睛大小,发型和漫画的物理特征。在这项研究中,作者的假设是,同人志的素描和漫画背景存在差异,而同人志的漫画的物理方面与漫画中的漫画相似。这是因为同人志作者喜欢漫画,好奇心也影响了漫画的素描。本研究是定性研究,使用的方法是观察和分析所选语料库。结果表明,同人志和漫画的外在特征存在异同。另外,这些作者在外来人物漫画道金氏的讲述中也应用道金氏马来文化或一般文化和马来西亚文化。同人志杰作的外观图像充分捕捉到了漫画的影响,例如大眼睛,锥形鼻子和小嘴巴,以及性感的服装和夸张的情感,例如眼泪掉落和红红的脸颊。马来西亚身份的外在形象包括 udwatak马来人胡须,鼻子和皮肤凹痕臀布,围巾和覆盖生殖器的其他衣服。因此,简明扼要地将《同人志》的作者分为三个部分:在同人志中充分运用外部形象 udkarakter漫画的作者,在同人志人物中混合了图像 ud马来西亚和漫画的作者以及充分利用同人志中的马来西亚形象的作者。

著录项

相似文献

  • 外文文献
  • 中文文献
  • 专利

客服邮箱:kefu@zhangqiaokeyan.com

京公网安备:11010802029741号 ICP备案号:京ICP备15016152号-6 六维联合信息科技 (北京) 有限公司©版权所有
  • 客服微信

  • 服务号